"Pecah kaca pecah gelas,
lepas baca tolong balas"
Tapi budak-budak sekarang 'tak main' kad-kad raya ni. Bagi yang ada kemudahan mengakses internet di rumah, yang paling popular adalah kad raya elektronik. Menariknya kad raya ini, ia dipenuhi dengan ciri visual yang menarik dan background muzik yang pelbagai.
Kalau dahulu, kita akan gantung atau lekat kad raya pada dinding rumah. Rakan-rakan yang datang jeling-jeling kad dia dan berasa seronok kirimannya itu menjadi penghias rumah. Tapi, kita kena akur, zaman berubah, segalanya akan berubah jua. Biarlah anak-anak kita, buat cara mereka. Cara kita dulu tu, sesuailah dengan kemudahan yang ada ketika itu. Sekarang ni zaman IT!
SELAMAT HARI RAYA BUAT CIKGU DAN KELUARGA...MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI SAYA DI SINI...TERIMA KASIH CIKGU ATAS SEGALA-GALANYA
ReplyDeleteT.Kasih kembali El...semoga ko berjaya mengejar impian hidup..pulang ke desa mu membawa sinar kejayaan..
ReplyDelete