Saturday, September 5, 2009

ALLAH MAHA KUASA

Allah memang maha berkuasa. Allah mampu mengubah sesuatu dalam sekelip mata. Bahkan cukup senang dan mudah bagi Allah untuk berbuat demikian. Allah boleh mengubah dari suasana gembira kepada duka dan duka kepada gembira semula.
Sebagai contoh, cuba ikuti kisah berikut tentang seorang perempuan yang bersuamikan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Pada suatu hari, Sang Suami ketika selepas makan malam bersama isterinya itu berpesan supaya ia dikejutkan pada esok hari dari tidurnya sebelum jam tujuh pagi. Ini adalah kerana Sang Suami hendak terbang ke Hong Kong atas urusan perniagaan.
Namun ditakdirkan, Si Isteri tertidur dengan lenanya. Apabila ia membuka kelopak mata, ia serta-merta berpaling melihat jam loceng yang terletak di sisi katil. Jam tersebut terlupa dikunci untuk berbunyi pada waktu pagi. Lebih memeranjatkan jam sudah menunjukkan hampir 7.30 pagi.
Si Isteri yang takut dimarahi Sang Suami, perlahan-lahan keluar dari bilik menuju ke dapur. Ia menenangkan hatinya dengan memasak air dan seterusnya membacuh teh untuk minum. Tapi hatinya masih risau kerana sudah tentu bila suami yang bakal dikejutkan nanti akan marah padanya.
Dia pun pergi ke ruang tamu dan menghidupkan televisyen. Hatinya masih lagi gelisah memikirkan bagaimana nak mengelak agar tidak dimarahi oleh suaminya yang belum bangun tidur.
Ketika fikiran yang sedang bercelaru itulah, muncul di kaca televisyen berita terkini mengenai sebuah pesawat yang dalam penerbangan ke Hong Kong telah terhempas. Si Isteri yang terkejut akhirnya mengukir senyum kerana disebalik ia terlewat bangun sebenarnya ada hikmahnya. Kini hati yang pada awalnya resah dan takut bertukar jadi gembira tidak keruan.
Dia segera mendatangi bilik tidur untuk mengkhabarkan berita yang baru dilihatnya di TV itu kepada suaminya. Ketika dia memasuki bilik, dilihat suaminya masih lena tidur. Perlahan-lahan ia mendekati dan menggoncang-goncang bahu suaminya.
Tetapi Si Suami tidak juga bangun-bangun walau ia banyak kali memanggil-manggil nama suaminya sambil tangannya tidak henti-henti menarik dan menolak bahu Si Suami.
Rupa-rupanya, Si Suami yang disangkakan tidur, telah meninggal dunia. Perasaan gembira kini bertukar menjadi sedih tidak terhingga.
Nah, cuba lihat bertapa berkuasanya ALLAH yang sekelip mata bisa mengatur sesuatu dalam sekelip mata. Dari duka kepada gembira tetapi menjadi duka semula. ALLAH MAHA BESAR!

2 comments:

  1. macam mo insaf pula tau... huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Alhamdullillah...kalau mau insaf jgn bertanguh...inda tau nya kita ni sampai bila..

    ReplyDelete