Saturday, August 15, 2009

Lagenda Rock


Kumpulan KRIS yang suatu ketika dahulu lagu mereka menjadi siulan anak muda terutamanya lagu 'TIARA' ciptaan komposer yang tidak asing lagi, Sifu M.Nasir. Cover album di atas merupakan salah satu album mereka yang berjudul 'Tiara'. Dan lagu tersebut jugalah yang menjadi hits dan mampu bertahan beberapa minggu dalam carta lagu-lagu popular.
Berikut sedikit info mengenai kumpulan ini :
Dianggotai oleh 4 orang anak muda. Alim selaku vokalis. Mukhlis, pemain gitar, manakala Musa pemain Bass dan Hamid pemain drum. Daripada gambar di atas, berdiri dari kiri Hamid, Alim, Mukhlis dan Musa.
Album ini berada di pasaran pada tahun 1991, edaran LIFE REKOD.
Penerbit Eksekutif : HUSSEIN ALI
Penerbit : M.Nasir
Penolong Penerbit : Hattan
Susunan Muzik : M.Nasir/Kris
Antara lagu yang terkandung dalam album ini adalah, MUKA SATU : Dilema Orang Kita, Tiara, Bidaian Selut, Penjara, Kelip-Kelip Dihembus Angin. MUKA DUA : Hidup Berjudi, Persoalan Jiwa, Tiara - Instrumental Melawan Diri, Menanti.
Pada anda yang masih mau mencari, mendengar dan mahu mengumpul lagu-lagu dari kumpulan ini, silalah cari di MULTIPLY, di sana banyak lagu yang mampu mengembalikan 'kenangan indah' anda!

1 comment:

  1. Very unique blog.
    Fantastic pictures. Wow...

    I like your blog.

    Please visit:
    http://paradise-adventure.blogspot.com

    Keep blogging.
    Have a great time.

    ReplyDelete