Saturday, August 8, 2009

Kisah Si Janda


Tersebut kisah seorang janda yang udah dua kali bersuami. Berpisah dengan suami yang pertama sebab suaminya tu suka memukul dan mendera.
Sementara suami kedua pula, walau pada awalnya bahagia, tapi akhirnya suami tu menceraikan dia dan kahwin dengan pompuan lain.
Jadi selepas beberapa tahun, janda yang masih cantik mengambil keputusan untuk berkahwin buat kali yang ketiga. Dia lantas mengiklankan diri untuk mencari jodoh ketiganya.

Si janda tu meletakkan 3 syarat:

1. Lelaki tu mesti berjanji tak akan memukul atau mendera.
2. Lelaki tu tidak akan lari meninggalkan dia.
3. Hebat di ranjang.

Jadi, selang beberapa hari, datang seorang mengetuk pintu dengan kuat. Lalu Si Janda tu pun bukak pintu. Alangkah terkejutnya dia bila yang datang tu tak berkaki dan bertangan.

"Saya datang untuk cuba nasib jadi suami awak" kata Si Lelaki Kudung itu.

Lalu Si Janda tu meminta Si Lelaki tu untuk menjelaskan kalau dia dapat memenuhi 3 syarat seperti dalam iklan.

Lalu Lelaki tu berhujah:

"Syarat yang pertama, dah tentu saya dapat penuhi disebabkan saya tidak ada tangan untuk memukul awak".

"Syarat yang kedua, mana mungkin saya akan tinggalkan awak disebabkan saya tidak ada kaki untuk berlari"

"Jadi syarat yang ketiga tu bagaimana nak buktikan," celah si janda tu.

"Eeerrrrr, cuba awak fikir. Tadi saya ketuk pintu dengan apa" ujar lelaki kudung tu dengan bangga.

Fikir-fikir lah sendiri!!!!!!

2 comments: