Friday, August 21, 2009

Kampung Halaman

Gambar rumah ayah saya di Kg. Tengah Bongawan. 1 Syawal nanti atau sebelumnya, rumah ini akan menjadi riuh-rendah bila kami semua adik-beradik berkumpul. Hari ini, 22 Ogos 2009, mula berpuasa. Pejam celik, pejam celik, saat itu pasti tiba..aku pasti pulang bersama keluarga. Mame dan Nyian (emak dan ayah) tentu gembira bilamana kami semua dapat pulang berhari raya saban tahun. Sepanjang perjalanan, anakku akan minta diputarkan lagu 'Balik Kampung'. Memang girang dan seronok pulang ke kampung kelahiran!

No comments:

Post a Comment