Friday, August 21, 2009

Hukuman Mati Menggunakan Suntikan

TINDAKAN mengkaji semula hukuman mati ini tercetus sebaik sahaja para penentang mula menunjuk perasaan dengan menyatakan suntikan maut ini sebenarnya memeritkan dan menyakitkan para banduan. Pelbagai persoalan mula timbul apabila hukuman yang dikenakan itu sama ada bersifat adil dan tepat sejajar dengan keputusan Mahkamah Agung yang meluluskan hukuman itu sejak 1976. Pelaksanaan hukuman itu dilakukan tanpa sebarang kajian terhadap kesannya pada tahun 1977 dan telah digunakan ke atas 98 peratus daripada 500 banduan. Ia sebenarnya suntikan maut yang mengandungi tiga bahan kimia iaitu pertama, mengakibatkan banduan tidur; kedua, melumpuhkan otot-ototnya dan akhir sekali, menyebabkan jantung gagal berfungsi.
Jika setiap langkah dilakukan secara teratur, banduan biasanya akan lebih cepat menjadi tidak sedar diri dan menemui ajal dalam masa beberapa minit selepas disuntik.
Tetapi jika bahan kimia yang digunakan itu tidak disuntik dengan betul maka ia akan mengundang kesakitan yang amat sangat kepada banduan.

No comments:

Post a Comment