Saturday, August 22, 2009

Abuya

RAWANG: Kelibat bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad atau Abuya yang lesap hingga kini terus menjadi tanda tanya berikutan dia gagal diberkas dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di markas Rufaqa di sini, semalam.

Abuya yang dilaporkan uzur akibat sakit tua, dipercayai bersembunyi bersama keluarga dan beberapa pengikut kanannya di luar Selangor kerana bimbang ditangkap Jais.Difahamkan, Pengerusi Eksekutif Rufaqa Corporatian itu sebelum ini menjadikan rumah rehatnya di Nilai, Negeri Sembilan dan rumah sewanya di Shah Alam sebagai lokasi bersembunyi sebelum lesap begitu saja.

Jais bercadang menahan pemimpin Al-Arqam itu untuk disoal siasat berikutan kontroversi buku ‘Abuya Ashaari Muhammad-Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya’ dan dipercayai cuba menghidupkan kembali pergerakan Al-Arqam yang diharamkan kerajaan akhir tahun 90-an dulu.Serbuan semalam diketuai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil.

Ketika ditemui selepas menyerbu kediaman Ashaari di sini, Abdul Rahman berkata, Jais tidak teragak-agak menahan Abuya sebaik dia menjejak kaki ke Selangor.Menurutnya, penahanan itu perlu dilakukan berikutan siasatan Jais mendapati Ashaari cuba menghidupkan semula ajaran Al-Arqam dengan berselindung di sebalik nama Rufaqa.

“Siasatan mendapati Ashaari cuba melindungi ajaran Aurad Muhammadiah dengan menukarkannya kepada nama ‘Zikir Agung’ manakala nama Al-Arqam sendiri cuba berselindung di sebalik nama Rufaqa,” katanya.Beliau turut mengesahkan Jais mendapati Ashaari meninggalkan Selangor untuk menyembunyikan diri di negeri lain.

Mengenai dakwaan pengikut Ashaari kononnya Abuya kini nazak, beliau berkata, perkara itu mungkin hanya sandiwara untuk mengaburi pihak berkuasa.“Saya baru menerima surat saman secara rasmi daripada Rufaqa Corporatian Sdn Bhd semalam (kelmarin). Saya tidak gentar dan bersedia berjumpa di mahkamah,” katanya.

Pada 28 Disember lalu, Rufaqa Corporation memfailkan saman RM50 juta, terhadap Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman; Abdul Rahman dan bekas Penasihat Undang-Undang Al-Arqam, Zabidi Mohamed.

Rufaqa turut memohon perintah injunksi terhadap ketiga-tiga defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan yang mengaitkan syarikat itu dengan Al-Arqam sehingga menjejaskan perniagaan syarikat.Menurut Abdul Rahman, Jais sebelum ini menggeledah tiga lokasi di Kajang, Shah Alam dan Gombak yang dipercayai turut menjadi markas pengikut Abuya sejak Disember lalu.“Kami mempunyai perisik khas yang bertugas mengintip pergerakan kumpulan ini di seluruh Selangor.

Oleh itu kegiatan pengikut Abuya sentiasa diperhatikan,” katanya.Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jais, Fakrul Azam Yahya, berkata pihaknya mendapati pelbagai buku tulisan Asaari dan isterinya, Khatijah Aam ditemui dalam operasi di markas Rufaqa, semalam.Menurutnya, Ashaari mahu disoal siasat berhubung buku terbaru tulisan Khatijah bertajuk ‘Abuya Ashaari Muhammad-Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya’ yang boleh menyesatkan akidah.

“Khatijah memberitahu bahawa isi kandungan buku terbabit disampaikan Abuya kepadanya,” katanya.Beliau berkata, sesi penjelasan kepada orang ramai selepas fatwa pengharaman ajaran yang dibawa ahli Rufaqa Corporation Sdn Bhd (Rufaqa) diwartakan pada 21 Disember lalu akan diperhebatkan.

Katanya, individu dan kumpulan tertentu, wakil pihak berkuasa tempatan dari daerah Petaling, Gombak dan Hulu Langat juga akan dipanggil, selain mengedarkan buku dan risalah yang menyenaraikan ciri-ciri ajaran salah kumpulan itu, secara meluas.

“Difahamkan, ramai umat Islam terkeliru dengan ajaran yang dibawa kumpulan ini dan kita perlu bertindak segera bagi mengekang perkembangan ajaran sesat yang bersusurgalurkan (bekas pemimpin al-Arqam) Ashaari.“Sehubungan itu, saya minta umat Islam yang prihatin dan sayangkan Islam tampil memberikan maklumat dan kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan negeri,” katanya.

Dalam sesi penjelasan sebelum ini, beberapa bekas pemimpin kanan Al-Arqam tampil membuat pendedahan mengenai gerakan yang diharamkan itu, selain pemimpin masyarakat, Rela, wakil Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Sumber Rujukan :
http://kisahmalaysia.blogspot.com

5 comments:

  1. setan jais ni...
    perosak agama atas nama agama
    ..tunggu je hukuman tuhan..
    nanti jangan mati terbeliak bijik mata sudah..

    ReplyDelete
  2. KNAPA LAH ORG YG TAK BERSALAH PERLU DI HUKUM?
    JAIS2 ... TEPUK DADA TANYALAH IMAN ..

    ReplyDelete
  3. haduh..orang yang da nak kalah memang camtu..
    sama-sama doa kan dia dan maaf kan mereka(jais)..

    ReplyDelete
  4. sape yang bodoh dan sesat sekarang ni..kembali lah pada jalan allah yang diredahai..jgn lah sesat kan diri mu wahai saudara-saudara ku..

    ReplyDelete
  5. Bodoh punya abuya bapa buaya !!! Pengikutnya lagi bodoh !!! Mampos ko

    ReplyDelete