Saturday, June 20, 2009

Lawak

Ada seorang cikgu perempuan yang mengajar B. Inggeris tahun satu. Dia bagi kerja rumah pada murid-murid suruh cari 3 perkataan atau ayat Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.

Ketika seorang anak murid cikgu itu berjalan balik ke rumah, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit antara satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah "shut up you !!".

Sampai rumah dia tanya bapa dia, "shut up you tu bahasa Inggeris ke?" Bapa dia kata, iye.
Dapat dah satu perkataan, kata budak tu dalam hati.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata "Superman !!!". Dia tanya bapa dia lagi, "superman tu Bahasa Inggeris jugak ke?". Bapanya mengiakan.

Dua perkataan dah, kata budak tu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata "Ladies first".

Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun Bahasa Inggeris. Ah, leganya kata budak itu."Aku dah dapat cari kesemua perkataan Bahasa Inggeris tu!"

Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.

Cikgu: "OK boy, did you get the words?"

Budak: "Yes, teacher".

Cikgu: "Good, what is your first word?"

Budak: "Shut up you!"

Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?"

Budak: " Superman !!!"

Cikgu: "Bloody fool, Get out from this class!"

Budak: "Ladies First!!" :r

No comments:

Post a Comment