BUDAK PENGILAP KASUT
Kerana ingin kasut berkilat
dengan senang kuterima khidmat
seorang budak pengilap kasut
berbaju kotor berambut kusut
Katanya,
hidup di kota yang maju
penghuninya tak punya waktu
meski untuk membuang debu
yang melekat pada sepatu
Nyatalah ia
dimatangkan oleh pengalaman
kata-katanya lebih dewasa
dari sekumpulan
remaja yang melepak
dan suka membuang masa
Kerana ingin kasut berkilat
dengan senang kuterima khidmat
seorang budak pengilap kasut
berbaju kotor berambut kusut
Katanya,
hidup di kota yang maju
penghuninya tak punya waktu
meski untuk membuang debu
yang melekat pada sepatu
Nyatalah ia
dimatangkan oleh pengalaman
kata-katanya lebih dewasa
dari sekumpulan
remaja yang melepak
dan suka membuang masa
No comments:
Post a Comment