Sunday, May 24, 2009

Perjalanan Menjejak Harapan

MENJEJAK HARAPAN

Kami sematkan semua kenangan
sepanjang enam tahun bersama
janganlah bersedih wahai teman
kita pemburu masa yang panjang

Ketawa bergembira bersama
mengapa sedih jika berpisah
ingatlah pesan ku ini duhai teman
hanya doa sering ku titipkan

Korus:
Tinggallah tinggal teman-teman
cita-cita ku jauh di depan
moga-moga direstui tuhan
perjalanan menjejak harapan

Pada ibu aku berjanji
juga ayah yang dikasihi
pesanan, ingatan dan dorongan
menjadi azimat dan pegangan

Lagu dan lirik ini aku buat khas untuk pelajar yang bakal meninggalkan sekolah rendah kerana meneruskan pelajaran ke tingkatan satu.

No comments:

Post a Comment